Tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis ditahan

Tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis ditahan

Tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis ditahan
Senjata berbahaya dan peralatan polis yang dirampas hasil tangkapan ke atas tiga warga tempatan yang aktif melakukan jenayah samun dan menyamar sebagai polis. – Foto PDRM

IPOH: Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah, dipercayai digunakan untuk kegiatan samun di Sungai Senam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya menahan sebuah kenderaan Perodua Alza yang dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat orang awam kira-kira jam 6.10 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 27 tahun hingga 37 tahun dan kenderaan itu menemui senjata berbahaya dan peralatan polis yang dimiliki secara tidak sah.



Katanya, antara peralatan polis yang dijumpai bersama suspek termasuk baju vest tertera tulisan polis, topi beret tertera logo jata Polis Diraja Malaysia (PDRM), kad kuasa polis, dan baton kayu.

“Kita percaya penahanan suspek ini menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Abang Zainal Abidin juga berkata, semakan rekod lampau pula mendapati semua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah.



“Suspek pertama mempunyai sembioan rekod jenayah dan empat rekod kesalahan dadah, suspek kedua sembilan rekod jenayah dan satu rekod dadah dan suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan sembilan rekod kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 37 tahun itu akan ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.

Tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker