BN akan bincang dengan Azizi – Zahid
Ianya akan dibicang sekiranya ada PRK di DUN Nenggiri
BN akan bincang dengan Azizi – Zahid
Jika mahkamah memutuskan PRK perlu diadakan di DUN Nenggiri, Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan penyandangnya, Azizi Abu Naim sama ada mahu mewakili gabungan perpaduan bertanding di kerusi itu, kata Pengerusinya, Zahid Hamidi.
Rabu lalu, Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri dikosongkan serta-merta selepas keahlian Azizi dalam Bersatu digugurkan akibat menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Zahid yang juga timbalan perdana Menteri berkata, mereka perlu menunggu keputusan mahkamah berhubung status DUN Nenggiri sebelum membuat perancangan seterusnya, termasuk soal calon.
“Saya fikir pendirian kami ialah di mana-mana tempat yang ada PRK, penyandang itu jika datang daripada parti komponen dalam kerajaan Madani ini, kita berikan keutamaan.
“PRK berlaku di banyak tempat, kami berterima kasih kerana calon BN dibantu juga jentera kerajaan perpaduan dan inilah yang sedang kami lakukan di Sungai Bakap dan tidak mustahil untuk dilakukan di DUN Nenggiri.”
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas bersama peserta dan penganjur “Mid Season Cup Mobile Legends: Bang Bang 2024 – Moonton Games Malaysia” di pejabatnya di Perdana Putra.
Zahid berkata, Umno menganggap diri “underdog” untuk merampas kerusi Nenggiri daripada Perikatan Nasional, selepas kalah tipis lebih 800 undi pada PRN Kelantan Ogos lalu.
“Kalau ada PRK, maka pastinya kawasan ini kita adalah ‘underdog’. Namun, kita harus bersedia jika mahkamah memutuskan PRK patut diadakan dan setakat ini kita bersiap siaga untuk menggerakkan jentera.”
Rabu lalu, Azizi dilaporkan berkata, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah yang mungkin menyebabkan proses pengosongan kerusi memakan masa.
Keahlian Azizi bersama beberapa Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang menyokong Anwar terhenti, selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu untuk menzahirkan ikrar taat setia.
Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri.
Semalam, Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor dilaporkan meminta Azizi memfokuskan Parlimen Gua Musang, selepas membayangkan Umno mahu mewakili kerajaan perpaduan, jika ada PRK di DUN Nenggiri. FMT
BN akan bincang dengan Azizi – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Miza Ozawa mengaku menyundal, positif HIV
- Datuk gout cabul cucu
- Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi
- Kita jumpa di mahkamah – Azizi
- Sarawak bertambah kaya, ada emas, mineral bernilai RM1.25 trilion
- Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah
- Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
- Patah hidung, Mbappe disaran pakai topeng ‘Ninja Turtle’
- Nak cantik punya pasal, maut di tangan suami sendiri
- Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel
- Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
- Anggota polis ditemukan mati tergantung dalam tandas RnR
- Mawi dakwa nampak hari kiamat
- Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Budak ‘intern’ sepak senior miang
Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink