Stesen minyak Petronas kini di Brazil

Stesen minyak Petronas kini di Brazil

Petronas sudah melebarkan sayap perniagaannya di negara Amerika Latin, Brazil pada minggu lalu.

Stesen minyak pertama Petronas itu terletak di Kilometer 44 Lebuhraya Castelo Branco, di São Paulo, dipanggil Ecoparada Madero.

Pembukaan stesen minyak itu dengan kerjasama Argenta Group, pengedar bahan api di Brazil dan juga Rede de Postos Monte Carlo, stesen servis dan operasi kelas pertama.

“Hasil tinjauan sebelum ini menunjukkan keinginan pengguna (penduduk Brazil) untuk kehadiran jenama antarabangsa yang kukuh seperti PETRONAS,” kata Diogo Gouvêa, Pengurus Jualan Kanan Emprasas SIM.

Memetik laporan Valor Globo, akan ada tiga hingga lima stesen Petronas antara bandar Campinas dan São Paulo.

Dalam satu kenyataan, kumpulan Rio Grande do Sul SIM melaporkan bahawa Petronas menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami tabiat penggunaan, memerhatikan faktor keputusan pembelian dan keterbukaan kepada jenama baru muncul dalam pengedaran bahan api di negara itu.

Menurut presiden kumpulan itu, Neco Argenta, kerjasama dengan Petronas mencerminkan persamaan nilai antara kedua-dua syarikat.

“Inisiatif kerjasama ini adalah peluang unik untuk kami menjadi sebahagian daripada pasaran São Paulo,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembukaan stesen minyak dari Malaysia itu memberikan peluang pekerjaan sebanyak 80 hingga 100 posisi untuk memperkukuhkan lagi keberadaan jenama Petronas di Brazil. Vc

Stesen minyak Petronas kini di Brazil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker