PRK DUN Nenggiri: SPR adakan mesyuarat 28 Jun

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri, Kelantan.

Setiausaha Indera Ikmalrudin Ishak berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri.

“Sebagaimana diperuntukkan bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut,” katanya dalam kenyataan.



Terdahulu, Amar mengumumkan kerusi Nenggiri dikosongkan mulai hari ini.

Katanya, DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Bersatu pada 12 Jun lalu memaklumkan Adun Azizi Abu Naim hilang keahlian parti.

Sebelum ini, Azizi mengumumkan akan membawa keputusan Amar ke mahkamah

Azizi sebelum ini mendakwa kandungan notis daripada setiausaha agung Bersatu kepada beliau berhubung keahliannya ‘amat kabur’, dan pimpinan parti didakwa ‘tidak adil serta tidak profesional’ dalam interaksi mereka.



Beliau menang kerusi DUN Nenggiri atas tiket PAS pada PRN Kelantan tahun lalu.

Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang antara enam wakil rakyat daripada Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Keahlian mereka dikatakan terhenti kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker