Haram berpuasa pada hari Tasyrik

Haram berpuasa pada hari Tasyrik

Umat Islam diharamkan untuk melakukan ibadah berpuasa pada hari-hari Tasyrik.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu hantaran memaklumkan, bagi tahun ini hari Tasyrik ialah pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.



“Diharamkan berpuasa pada hari-hari Tasyrik. Hari-hari Tasyrik ialah 11,12 dan 13 Zulhijjah bersamaan 18,19 dan 20 Jun 2024,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, timbul persoalan dalam kalangan netizen berhubung kenyataan pendakwah selebriti, Ustaz Don berkenaan ibadah berpuasa semasa Aidiladha.

Di dalam sebuah rancangan radio Ustaz Don memaklumkan salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Susulan itu, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, turut membuat permohonan maaf di media sosialnya.



Katanya, penjelasan itu agak mengelirukan kerana soalan yang diajukan adakah tidak boleh berpuasa pada hari raya pertama maka jawapan diberikan berdasarkan hari raya pertama sahaja.

“Soalan itu ditanya, Ustaz boleh puasa tak pada hari raya Aidiladha jadi masa saya rakam kami tanya ini hari raya pertama sahajakah? Jadi dia kata ya, dan jawapan nak bagi ringkas.

“Jawapan yang betul sepatutnya hari raya Aidiladha dan Aidilfitri raya pertama tidak boleh puasa, berbeza dengan Aidiladha ada hari Tasyrik. Jadi, bila jadi begitu panjang huraian dia, saya minta maaf sebab jawab mengelirukan,” jelasnya. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker