Datuk gout cabul cucu
Datuk gout cabul cucu
MUAR: Seorang lelaki 72 tahun menghidap gout didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucunya di sebuah rumah di Kluang.
Peneroka itu didakwa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuan berusia 10 tahun dalam bilik sebuah rumah di tanah rancangan di Kluang pada jam 11 malam, tahun lalu.
Lelaki berkenaan yang masih mempunyai isteri, juga menghadapi pertuduhan kedua, mengulangi perbuatan berkenaan terhadap mangsa sama pada jam 9 malam, antara April hingga Mei tahun ini, di tempat sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.
Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 (1) yang juga tambahan hukuman, penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali bagi setiap pertuduhan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian mengaku bersalah. Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir tidak menawarkan jaminan memandangkan lelaki itu masih menetap bersama mangsa sebelum
Abu Bakar membenarkan permohonan pendakwa dan menetapkan 15 Julai untuk fakta serta hukuman.
Mengikut laporan polis, mangsa yang tinggal bersama tertuduh sejak berusia tiga tahun selepas ibu bapanya bercerai, menghubungi ibunya yang menetap di Johor Bahru untuk membantu menghantar ke hospital.
Ketika pemeriksaan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, doktor yang merawat memberitahu terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa sebelum satu laporan polis dibuat oleh pihak hospital pada 9 Jun dan tertuduh ditahan pada hari sama. BH
Datuk gout cabul cucu
Baca Artikel Menarik:
- Cetus kontroversi lagi malam tadi, Ketua Pengarah RTM kecewa dengan Ustaz Don
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
- Dah enam bulan dia hilang, keluh suami yang setia menanti
- Saya juga nak tahu – Anwar
- 1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’
- Pandangan Johor rakan kongsi bercanggah perlembagaan – Pakar
- Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM
- Sanggup kutuk Malaysia sebab nak kawan dengan Mat Saleh
- Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal
- Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella
- Satu Malaysia akan gembira – kakak ibu Zayn Rayyan
- Belasah kekasih sebab marah keluar beli sayur
- Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce
- Amelia, Aedy Putus Cinta?
- Bunuh penyelia ladang kerana rogol isteri dan gaji rendah, dua beradik dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney
Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit
Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British
You must be logged in to post a comment.