Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel

Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel

Johor Bahru: Perselisihan faham dipercayai menjadi motif kes tiga remaja lelaki dilarikan daripada sebuah pasar raya sebelum dipukul dan dirakam gambar bogel mereka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh berkata, empat tangkapan baharu membabitkan kes itu juga dilakukan setakat ini.



Beliau berkata, pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes.

“Ada empat tangkapan baru dan menjalani proses reman serta siasatan.

“Di peringkat siasatan awal, motif dipercayai perselisihan faham di antara mangsa dan beberapa suspek,” katanya dihubungi, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan, tiga pelajar lelaki berusia 14 tahun mendakwa dilarikan sekumpulan lelaki daripada sebuah pasar raya di sini, sebelum dipukul dan dirakam gambar bogel, Sabtu lalu.



Polis menerima aduan berhubung insiden itu daripada mangsa, jam 6.45 pagi semalam.

Remaja berkenaan mendakwa, pada kejadian jam 8 malam, mereka didatangi sekumpulan 10 lelaki, termasuk seorang daripadanya dikenali mangsa.

Mangsa mendakwa dilarikan dengan menggunakan tiga kereta ke satu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Seterusnya, suspek didakwa memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar itu sekiranya kejadian berkenaan terbongkar sebelum mangsa ditinggalkan di lokasi terbabit.



Susulan itu, polis menahan empat lelaki warga tempatan, termasuk tiga juvana, berusia 15 hingga 20 tahun di Skudai, jam 8 malam kelmarin.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit



Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker