Jatuh cinta di pusat jagaan orang tua
Jatuh cinta di pusat jagaan orang tua
Perbezaan umur bukan halangan untuk Xiaofang jatuh cinta dengan Li iaitu lelaki yang 57 tahun lebih tua daripadanya.
Portal Detik Bali melaporkan, kisah mereka mendapat perhatian selepas tular di media sosial gambar kemesraan pasangan itu.
Sekali imbas, Li, 80, dan Xiaofang, 23, kelihatan seperti datuk dan cucu dalam gambar itu namun hakikatnya mereka adalah suami isteri juga pengantin baru.
Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat jagaan dan di situlah, dia bertemu suaminya, Li.
Mereka cepat akrab kerana memiliki banyak persamaan termasuk berkaitan hobi hingga lama kelamaan menjalin cinta.
Xiaofang yang masih muda tertarik dengan Li kerana kematangan, kestabilan, dan kebijaksanaannya manakala, Li terpaut dengan Xiaofang kerana kebaikan dan jiwa muda isterinya.
Sayangnya, hubungan mereka ditentang keluarga Xiaofang namun wanita itu memilih untuk mengikuti kata hatinya.
Li dan Xiaofang melangsungkan majlis perkahwinan dengan sederhana dan biarpun keluarga tidak hadir, mereka bertekad untuk tetap mengucap janji setia dalam suka mahupun duka.
Putus hubungan dengan orang tua
Demi bersama Li, Xiaofang rela memutuskan hubungan dengan orang tuanya dan hal itu mengundang perhatian netizen.
Oleh kerana sudah berusia dan tidak aktif bekerja, Li hanya bergantung dengan wang pencen untuk kelangsungan hidup.
Lantaran itu, Xiaofang yang sebenarnya menanggung kos perbelanjaan rumah.
Di media sosial, Xiaofang sering berkongsi gambar kemesraannya dengan suami.
Tindakannya itu mengundang kecaman sehingga ada mengatakan wanita itu hanya ingin mencari publisiti.
Kecaman itu bagaimanapun tidak menghalang Xiaofang untuk terus menunjukkan kebahagiaannya. BH
Jatuh cinta di pusat jagaan orang tua
Baca Artikel Menarik:
- Cetus kontroversi lagi malam tadi, Ketua Pengarah RTM kecewa dengan Ustaz Don
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
- Dah enam bulan dia hilang, keluh suami yang setia menanti
- Saya juga nak tahu – Anwar
- 1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’
- Pandangan Johor rakan kongsi bercanggah perlembagaan – Pakar
- Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM
- Sanggup kutuk Malaysia sebab nak kawan dengan Mat Saleh
- Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal
- Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella
- Satu Malaysia akan gembira – kakak ibu Zayn Rayyan
- Belasah kekasih sebab marah keluar beli sayur
- Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce
- Amelia, Aedy Putus Cinta?
- Bunuh penyelia ladang kerana rogol isteri dan gaji rendah, dua beradik dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit
Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British