Budak ‘intern’ sepak senior miang
Budak ‘intern’ sepak senior miang
BANGKOK – Seorang kakitangan pelatih (intern) sebuah hospital di wilayah Nonthaburi membelasah pekerja senior menggunakan seni mempertahankan diri, Muay Thai semasa lelaki tersebut cuba mencabulnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Baitong, berkongsi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian pada tahun lalu itu di laman Facebook, 14 Jun lepas.
Kata Baitong, dia bertindak demikian sebagai amaran kepada lelaki tersebut selepas mendapat tahu suspek melakukan perkara serupa kepada mangsa lain.
Ketika kejadian, dia memesan makanan dari gerai berhampiran hospital pada waktu tengah malam.
Disebabkan sibuk dan tidak dapat mengambil makanan yang tiba, suspek menawarkan bantuan untuk membawa makanan itu.
Ketika mahu mendapatkan makanan daripada suspek, lelaki itu memeluk Baitong dari belakang.
Gadis itu memusingkan badannya ke arah suspek lalu menendang lelaki tersebut beberapa kali sehingga pelukannya dilepaskan.
Menurut Baitong, dia belajar Muay Thai daripada datuknya yang bekerja dalam industri tersebut.
Susulan kejadian itu, Baitong menamatkan latihan praktikal di hospital berkenaan selepas membuat laporan kepada pihak atasan dan polis.
Suspek dikenakan tindakan disiplin oleh hospital sebelum diberhentikan kerja kerana melakukan perkara serupa kepada pelatih lain. K Online
Budak ‘intern’ sepak senior miang
Baca Artikel Menarik:
- Cetus kontroversi lagi malam tadi, Ketua Pengarah RTM kecewa dengan Ustaz Don
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
- Dah enam bulan dia hilang, keluh suami yang setia menanti
- Saya juga nak tahu – Anwar
- 1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’
- Pandangan Johor rakan kongsi bercanggah perlembagaan – Pakar
- Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM
- Sanggup kutuk Malaysia sebab nak kawan dengan Mat Saleh
- Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal
- Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella
- Satu Malaysia akan gembira – kakak ibu Zayn Rayyan
- Belasah kekasih sebab marah keluar beli sayur
- Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce
- Amelia, Aedy Putus Cinta?
- Bunuh penyelia ladang kerana rogol isteri dan gaji rendah, dua beradik dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit
Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British
You must be logged in to post a comment.