Pak Imam ditahan polis, tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh

Seorang imam ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malam tadi kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Lelaki 43 tahun itu ditahan dalam operasi khas bersepadu sempena Aidiladha di depan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Wilayah Timur, Kota Bharu.

Ketika ditahan, dia bersama isteri dalam perjalanan pulang dari pasar raya selepas membeli peralatan mencetak teks khutbah untuk dibacakan pada Aidiladha.



“Memang sudah dua tahun cukai jalan kereta ini mati dan biasanya saya pandu siang hari saja dalam keadaan berjaga-jaga, tapi tak sangka malam ini nasib tidak menyebelahi kami.

“Saya pun sedang berkira-kira untuk mengambil lesen kenderaan, tapi belum sempat kerana kekangan masa. Apabila terjadi begini (disaman), Insya Allah akan saya usahakan dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro.

Sebanyak 102 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan 24 kenderaan disita dalam operasi bersepadu yang turut disertai polis, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendaftaran Negara dari 8 hingga 11 malam tadi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit



Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker