Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus

Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid atau Ustaz Don tidak lagi mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, program yang berbaki empat episod itu tidak akan menampilkan pendakwah terbabit susulan kenyataan Ustaz Don di dalam program tersebut yang mendapat pertikaian orang ramai.



“Program tersebut mempunyai empat episod sahaja lagi yang tinggal, tidak ada lagilah (penampilan Ustaz Don) sebelum Raya Haji.

“Kita sudah menasihatkan beliau, bawa berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan bermacam pihak berautoriti hendak membantu supaya diberi peluang dan ada keinsafan,” katanya di sini hari ini.

Ditanya sama ada Ustaz Don sudah dimaklumkan mengenai tindakan itu, Suhaimi berkata, beliau sendiri sudah menghubungi Ustaz Don dan memaklumkan perkara tersebut.

“Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu,” katanya.



Terdahulu, perkongsian Ustaz Don di dalam program Salam Baitullah mendapat pertikaian apabila berkongsi hadis yang mengatakan memandang pada wajah guru, lebih baik dari menyedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Sebelum ini, Ustaz Don telah direhatkan susulan daripada program Salam Baitullah yang sinonim dengan musim ibadah haji, ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya. K Online

Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker