Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella

Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella

“Buat bekas sahabat baik saya, Ruhainies tahniah kerana berjaya meruntuhkan masjid ini.”

Demikian antara ucapan penuh maksud mendalam Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang sah bercerai talak satu dengan Aliff Aziz.



Bella percaya bahawa peluang yang diberikan kepada seseorang perlu digunakan sebaik mungkin dan tidaklah memilih melakukan kesalahan berulang kali.

“Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir,” katanya menerusi status panjang lebar dalam Instagram.

Pelakon drama Leha Leya Lawa itu juga enggan lagi mencintai mana-mana individu dengan mendalam selepas ini.



“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” katanya dalam Instagram di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dia juga berkata peluang mampu mengubah seseorang namun jika kesilapan yang dilakukan adalah pilihan sendiri namun tidak sesekali menyesal dengan semua yang belaku dan menganggap semua ini sebagai ujian hidup.

“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.



“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua,” ujarnya.

Hari ini, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 11 Mac lalu, Bella 
telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara `fast track’ atas antaranya alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).



Namun, pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella atas alasan masih sayang terhadap isterinya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. K Online

Ruhainies tahniah meruntuhkan masjid ini – Bella

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker