Robot AI di Masjidil Haram jawab pertanyaan agama, fatwa
Robot AI di Masjidil Haram jawab pertanyaan agama, fatwa
MAKKAH: Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melakar satu lagi pencapaian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada umat Islam dengan memperkenalkan robot panduan pintar yang mampu menjawab pertanyaan berkaitan agama dan fatwa.
Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), robot kecerdasan buatan itu menawarkan perkhidmatan fatwa dalam 11 bahasa sekali gus memperlihatkan kemajuan terbaharu yang ketara oleh Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sebelas bahasa yang digunakan oleh robot itu ialah Arab, Inggeris, Perancis, Rusia, Parsi, Turkiye, Melayu, Urdu, Cina, Benggali dan Hausa.
Setiap robot mempunyai kamera definisi tinggi untuk merakam panoramik, pembesar suara dan teknologi pembatalan hingar untuk bunyi lebih jelas serta mikrofon berkualiti tinggi bagi memastikan audio yang lebih bermutu, menurut laporan itu.
“Robot terbabit akan merayau-rayau di pekarangan Masjidil Haram untuk menjalankan fungsinya. Robot itu sangat popular dalam kalangan jemaah haji dan umrah dengan membantu menjawab pelbagai soalan mengenai agama,” kata laporan itu.
Setiap robot juga dilengkapi skrin sentuh 21 inci yang boleh digunakan untuk pelbagai perkhidmatan penting kepada pengunjung Masjidil Haram seperti panduan, arah dan pendapat.
Dilengkapi empat roda membolehkan robot berkenaan bergerak dan berhenti dengan lancar selain beroperasi tanpa wayar dan berkelajuan 5GHz sekali gus membolehkan pemindahan data yang pantas dan cekap di samping menyediakan perkhidmatan fatwa.
Inisiatif itu sebahagian daripada usaha pelaburan dalam teknologi moden dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi teras utama strategi meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah haji.
“Pihak presidensi juga berhasrat menawarkan perkhidmatan fatwa secara elektronik selaras dengan ajaran Islam yang bercirikan toleransi dan terangkum,” menurut laporan itu. BH
Robot AI di Masjidil Haram jawab pertanyaan agama, fatwa
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih
You must be logged in to post a comment.