Musim haji tahun ini ada perkhidmatan ‘teksi terbang’

MAKKAH – Perkhidmatan teksi udara elektrik, yang pertama seumpamanya di dunia, akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara tapak suci Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.

Ia dilancarkan Menteri Pengangkutan dan Logistik dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) Eng. Saleh Al-Jasser di Mekah.

Teksi udara ialah pesawat komersial kecil yang membuat penerbangan pendek atas permintaan.



Pesawat tanpa pemandu itu akan digunakan pada musim haji tahun ini terutamanya untuk perkhidmatan kecemasan, serta pengangkutan barangan dan bekalan perubatan kepada para jemaah.

Teksi udara elektrik ialah teksi udara pertama di dunia, dilesenkan oleh GACA. Perkhidmatan teksi terbang juga akan menyumbang kepada usaha untuk memudahkan pergerakan jemaah dalam keadaan kecemasan, mengangkut peralatan perubatan, dan menyediakan perkhidmatan logistik melalui pengangkutan barang.

Keementerian Pengangkutan dan Logistik pada masa sama sedang berusaha untuk mempertingkat bidang mobiliti pintar dan membangunkan undang-undang dan peraturan yang membolehkan penggunaan teknologi moden, selain menyediakan persekitaran eksperimen untuk mengembangkan pengenalan pelbagai teknologi pengangkutan masa hadapan.

Sebelum ini, Saudi Arabian Airlines (Saudia) mendedahkan rancangan untuk mengendalikan teksi terbang pada masa hadapan untuk mengangkut jemaah haji antara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan hotel di Mekah.



Saudia juga bercadang untuk membeli sekitar 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut. – Awani

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker