Harap kes khalwat dengan Ruhainies temui penyelesaian – Aliff

Harap kes khalwat dengan Ruhainies temui penyelesaian – Aliff

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan pelakon Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.

Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).



“Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.

“Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang.” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.



Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak Japens untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Aliff dan Ruhainies dilaporkan ditahan pihak berkuasa Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang pada hari sama. HM

Harap kes khalwat dengan Ruhainies temui penyelesaian – Aliff

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker