Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney

TAMPIN – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini mengarahkan seorang remaja perempuan berusia 20 tahun untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan.

Majistret, Kartini Kasran membuat perintah itu selepas mendengar laporan akhlak yang dibentangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mahkamah hari ini.



Remaja itu mengaku bersalah di hadapan Kartini selepas didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan di sebuah bilik hotel di Gemas pada pukul 2.30 petang 3 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, remaja perempuan berkenaan ditangkap selepas pekerja hotel membuat laporan polis berhubung kegagalan remaja tersebut membayar sewa bilik hotel.

Hasil pemeriksaan ke atas remaja berkenaan telah menjumpai satu beg berwarna hitam mengandungi tiga paket kondom dan mengaku terlibat dalam aktiviti pelacuran.



Remaja berkenaan mengakui telah menawarkan perkhidmatan seks kepada beberapa lelaki berbeza melalui aplikasi termasuk aplikasi Omi kepada seorang lelaki dengan nilai antara RM400 hingga RM500.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk rekod, 10 Mei lalu, remaja berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan melakukan aktiviti persundalan, namun, Majistret Saiful Sayoti mengarahkan laporan akhlak dibentangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dijatuhkan. K Online

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker