Saya bukan suspek lah, tapi…
Saya bukan suspek lah, tapi…
“Saya ini mudah kasihan pada orang jadi cuba bantu sekadar yang termampu walaupun tak kaya,”
Itu reaksi penyelia tapak binaan dikenali Azmi, 50, yang tular kerana keprihatinannya terhadap pengamal media apabila sanggup menyumbang makanan dan minuman kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo yang membuat liputan perkembangan kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini.
Kelibatnya yang memakai baju kolar berwarna hijau dan kopiah putih sempat dirakam oleh pengamal media sebelum dia beredar selepas mengagihkan makanan serta minuman.
Berkongsi kisah sebenar, Azmi berkata, dia tidak sangka pun akan menjadi tular kerana niatnya hanya untuk membantu pengamal media yang membuat liputan di lokasi berkenaan.
“Kelmarin, saya tertengok video siaran langsung di TikTok disiarkan satu platform media dan dalam video itu ada yang mengadu lapar serta dahaga kerana tak sempat bersarapan.
“Itu yang tak sampai hati dan kebetulan ada banyak kedai makan serta warung berhampiran rumah saya jadi terus keluar belikan makanan dengan minuman.
“Ikutkan saya hanya beli 10 bungkus nasi lemak dan 10 teh ais saja, bagi saya pemberian itu tak mewah mana pun.
“Tapi sekurang-kurangnya dapatlah mereka basahkan tekak dan makan untuk alas perut,” katanya.
Menurut Azmi, selepas membeli makanan dan minuman, dia menunggang motosikal ke lokasi media berkumpul yang hanya 300 meter saja dari rumahnya.
“Saya tinggal di taman bersebelahan jadi tak jauh mana pun.
“Waktu sampai di lokasi, saya terus datang menghampiri sekumpulan media dan agihkan kepada mereka .
“Alhamdulillah, lega dapat sampaikan walaupun tak banyak dan selepas agihkan, saya terus minta diri untuk beredar tapi macam ada nampak seseorang rakam pergerakan saya.
“Petang hari sama dalam selepas Asar, rakan maklumkan menerusi WhatsApp yang gambar dan kisah saya sudah tular,” katanya.
Azmi berkata, dia tidak membaca semua komen namun berterima kasih kepada mereka yang memberi kata positif dan menghargainya walaupun apa dilakukan tidak seberapa.
“Tapi ada juga netizen buat andaian saya adalah suspek terbabit dalam kes itu kerana ada di situ.
“Tak tahu nak respon macam mana kerana hanya mampu tergelak kerana lucu tapi tak tersinggung pun dengan kata-kata itu,” katanya. HM
Saya bukan suspek lah, tapi…
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih