Nasib ibu bapa Zayn Rayyan bakal diketahui esok
Nasib ibu bapa Zayn Rayyan bakal diketahui esok
Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui esok, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh atau dilepaskan dengan jaminan polis.
Ini berikutan tempoh reman bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun selama 13 hari itu akan berakhir esok.
Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) tidak lagi boleh disambung reman sebaliknya hanya boleh dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, pihaknya percaya kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Semua kena bersabar, kita tunggu esok. Kami seperti rakyat Malaysia di luar sana ingin arwah (Zayn Rayyan) dibela dan beri keadilan kepadanya. Itulah kenapa kami semua berada di sini,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir, peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada Zayn Rayyan dan ahli keluarga kedua OYDS.
Sementara itu, Mahmud berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.
“Suka atau tidak, esok akan berlaku sama ada pertuduhan ke atas kedua-duanya atau salah seorang. Kalau tidak ada pertuduhan, mereka perlu dilepaskan dengan jaminan polis.
“Esok kita boleh mendengar dan melihat apakah pertuduhan yang dibuat dan hasil siasatan,” katanya.
Terdahulu, polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret di sini dipercayai untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Bagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu. HM
Nasib ibu bapa Zayn Rayyan bakal diketahui esok
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih