Tak kesal masuk penjara sebab saya?

Hanya kerana mengecam Naim Daniel.

Tak kesal masuk penjara sebab saya?

“Kau tak menyesal masuk penjara hanya disebabkan mengecam Naim Daniel?”

Itu antara soalan yang dilontarkan penyanyi, Naim Daniel kepada individu yang ditahan reman polis susulan tindakan menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya bulan lalu.



Menurut Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, kes tersebut kini di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC).

“Saya ada bertemu dengan individu tersebut selama tiga jam dan pada waktu itu, saya melihat dia dalam keadaan bergari malah telah direman selama empat hari.

“Memang saya beri ceramah percuma supaya dia sedar kesalahan yang dilakukan.

“Tetapi dia hanya jawab pada saya bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut dengan orang lain. Terus rasa tergamam sekejap,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.



Bercerita lanjut, individu berkenaan turut memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

“Tindakan yang saya ambil terhadapnya adalah tepat demi memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak berfikir panjang sebelum melakukan kesalahan.

“Harapnya orang di luar sana khususnya netizen tidak melakukan hal sama,” ujarnya.

Susulan laporan polis yang dibuat, dia memberitahu tidak lagi menerima komen negatif daripada mana-mana individu.



“Lepas kes saya buat laporan polis, platform media sosial saya terus sunyi daripada sebarang kecaman.

“Jadi, perkara sebegitu memang beri impak, sekurang-kurangnya dapat buat orang fikir panjang sebelum lakukan jenayah siber,” katanya lagi.

Terdahulu, pelantun lagu Sumpah itu membuat laporan polis terhadap seorang pengguna akaun media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih pada 15 Mei lalu.

Dalam tempoh beberapa hari, pihak polis mengesahkan suspek berusia 24 tahun itu telah ditahan di Kemunting, Perak selain telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu turut dirampas. K Online



Tak kesal masuk penjara sebab saya?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker