Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat

Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat

GOMBAK: Keluarga remaja yang maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng dibawa balik ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di Gombak, semalam tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak buat masa ini.

Kamal Bayan, 53, bapa kepada Luth Izhar, 17, berkata dia sebaliknya reda dengan kejadian menimpa anak ketiganya itu dan menganggap apa yang berlaku mungkin satu kebetulan.



Katanya, dia difahamkan pihak hospital bahawa bedah siasat yang dijalankan di Hospital Selayang (HS) hari ini belum dapat memastikan punca sebenarnya kematian anak bongsunya itu.

“Keputusan bedah siasat pun mungkin akan ambil masa lama untuk pastikan perkara ini (punca kematian anaknya) disebabkan keracunan atau tidak (menunggu analisa Jabatan Kimia).

“Tetapi ada beberapa aduan (tentang keracunan) lain termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia.

“Walaupun kejadian ini berlaku selepas kami makanan lebihan dibawa balik isteri saya, tetapi saya tidak mahulah (tuduh), kerana selama ini tiada apa masalah pun.



“Kalau kita hendak kaitkan dan sebut nama sekolah agama itu, kita pun rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HS di sini, hari ini.

BH melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

Bawa pulang bihun dan telur goreng



Bercerita mengenai hari kejadian, Kamal berkata pada Sabtu lalu, isterinya membawa pulang bihun dan telur goreng selepas menghadiri satu progam peringkat daerah di sebuah sekolah di Sungai Cincin dekat sini.

Katanya, beliau bersama isteri serta Luth Izhar memakan bihun bersama telur goreng sementara dua lagi anak perempuannya hanya makan bihun.

“Arwah makan paling banyak telur itu kira-kira tiga biji dan selang tidak lama kemudian, saya, isteri dan arwah mulai sakit perut, tetapi dua anak perempuan saya tiada masalah.

“Saya tak sempat bawa arwah ke klinik kerana dia tidak larat bangun dan bergerak sendiri. Semalam, saya keluar sebentar ke klinik dan menyangka arwah tidak apa-apa namun sebaik pulang pada tengah hari, saya terkejut kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya.



Kamal berkata, jenazah anaknya selesai dibedah jam 1 tengah hari tadi dan terus dibawa ke Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak untuk disembahyangkan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, petang ini.

Sementara itu, difahamkan jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia sudah selesai dibedah siasat di Unit Forensik HS, pada jam 6 petang, semalam dan sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Bapa mangsa, Nazrol Shah Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya memaklumkan segala urusan pengebumian jenazah anaknya, Nur Delisha Madihah sudah selesai disempurnakan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung keracunan makanan itu.



Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah, bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.

“Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dalam program itu dan dakwaan membabitkan dua kematian itu melibatkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.

Tambahnya, JAIS masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.

Difahamkan, terdapat 82 mangsa termasuk 48 perempuan yang mengalami gejala cirit-birit dan atau muntah bermula Sabtu lalu. BH



Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker