Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram

Altimet berkata sekiranya tertuduh didapati bersalah dia akan kena tindakan disiplin.

Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram

Seorang pemimpin bahagian PKR berkata parti itu akan membiarkan undang-undang berjalan sebelum memutuskan nasib seorang ahli yang dituduh melakukan sumbang mahram dengan anak tiri yang berusia 17 tahun.

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata individu itu minta dibicarakan.

“Dia akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah atau mengaku bersalah.

“Ketika ini kes sedang berjalan dan beliau mengaku tak bersalah. Jadi biarlah undang-undang berjalan dahulu,” kata Syed Ahmad yang juga ketua PKR Ampang.

Pada bulan lalu, seorang kerani pusat perkhidmatan awam dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah flat pada 20 dan 21 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Selangor Izuan Kasim sekiranya benar kerani itu ahli PKR, parti tidak akan campur tangan urusan mahkamah.

Izuan berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada tertuduh itu ahli PKR kerana dia tidak memegang sebarang jawatan.

“Buat masa ini, sayap Pemuda Selangor akan memantau kes ini lebih dekat, dan sekiranya dia didapati bersalah, kita akan mengambil tindakan lanjut, seperti membatalkan keahliannya.” FMT

Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker