‘Lambat 5 minit saja, saya sudah tiada’

Keadaan kesihatan Azlee Senario semakin baik.

‘Lambat 5 minit saja, saya sudah tiada’

Anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung hingga perlu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN), minggu lalu sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Azlee atau nama lengkap, Muhammad Azlee Jaafar berkata, dia masih perlu menjalani rawatan di IJN secara berkala bagi memastikan jantungnya sentiasa dalam keadaan baik.



“Selepas menjalani rawatan di IJN, antaranya prosedur peletakan sten dan memasukkan belon, keadaan saya semakin baik.

“Saya dibenarkan pulang, kelmarin. Nafas juga sudah semakin lancar dan sekarang masih dalam fasa pemulihan. Kalau diikutkan doktor tak benarkan keluar lagi, tapi saya minta sebab hendak berehat di rumah.

“Sekarang saya masih perlu buat rawatan susulan di IJN dan temu janji terdekat Isnin depan. Saya kena buat rawatan sekurang-kurangnya dua kali sebulan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas detik awal mendapat serangan jantung sehingga disahkan salah satu urat pada injap jantungnya putus, Azlee berkata, tarikh 5 Jun lalu tidak dapat dilupakan kerana bagai pertaruhan antara hidup dan mati.



“Itu peristiwa yang saya tak boleh lupakan. Doktor cakap kejadian serangan ini antara hidup dan mati kerana jantung boleh berhenti pada bila-bila masa disebabkan salah satu injap terputus.

“Pada awal serangan jantung saya sukar bernafas dan banyak peluh sejuk keluar. Dalam tercungap-cungap dan nafas kadangkala terhenti, saya terus ke klinik.

“Tapi, mereka tak berani melakukan rawatan dan minta ke hospital. Apabila tiba di Hospital Sungai Buloh, saya dibawa ke IJN kerana boleh buat rawatan jantung dengan cepat.

“Doktor beritahu, kalau lambat lima minit sahaja, mungkin saya strok atau meninggal dunia. Mujur, ketika serangan saya di rumah dan ada orang yang boleh tolong,” kata Azlee.



Ditanya punca mendapat serangan jantung, Azlee memberitahu, doktor memaklumkan perkara itu terjadi daripada tahap kolesterol dalam badan, termasuk pemakanan dan rokok.

“Doktor cakap masalah jantung saya berpunca daripada kolesterol dan pemakanan. Salah satu sebab lagi adalah merokok. Doktor beritahu nasib saya sedikit berbeza kerana sebelum mendapat serangan jantung, tak ada sebarang tanda awal.

“Saya menerima serangan jantung secara tiba-tiba, namun bersyukur sebab dapat buat rawatan segera,” katanya.

Azlee mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan orang ramai yang mendoakan, menziarahi dan memberi kata semangat buatnya.



“Alhamdulillah, saya rasa semakin baik dan stabil. Mula-mula kena serangan memang seperti tak bernyawa kerana berlaku secara tiba-tiba. Saya pun tiada pengalaman sebelum ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang datang melawat dan ambil berat mengenai keadaan saya,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai kesihatan Azlee dikongsi pelawak Ropie pada entri Instagram (IG). Melalui hantaran itu, Ropie berkongsi foto Azlee berada dalam ambulans.

Isterinya, Aslinda Ayob yang ada bersama ketika kejadian dilapor berkata, suaminya tiba-tiba mengadu sakit dada dan berpeluh hingga terpaksa memujuknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.



Selepas dibawa ke IJN untuk rawatan susulan, saluran darah Azlee dilapor sudah tersumbat hampir 90 peratus. BH

‘Lambat 5 minit saja, saya sudah tiada’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker