Harga diesel patut naik secara berkala – Akmal
Harga diesel patut naik secara berkala – Akmal
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong polisi pengstrukturan subsidi diesel oleh kerajaan, namun mengesyorkan ia perlu dilakukan secara berkala.
Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pengumuman penarikan subsidi diesel tidak patut dilakukan secara total dan mengejut seperti yang diumumkan bermula hari ini.
“Kesan penarikan subsidi diesel ini akan mengakibatkan harga diesel naik dengan begitu mendadak dari RM2.15 kepada RM3.35 iaitu kenaikan sebanyak RM1.20 seliter.
“Kenaikan yang besar dan tajam ini sudah pasti mendatangkan kesan kepada ekonomi semasa dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Akmal berkata, dengan kaedah pembayaran subsidi bersasar kepada golongan memerlukan masih di peringkat awal, pasti akan ada masalah yang tidak boleh dielakkan.
Kata beliau, ia termasuk kelulusan permohonan yang dipohon dan keciciran golongan memerlukan, manakala impak ekonomi kepada pengguna tetap akan berlaku.
Ujar beliau, adalah lebih elok pengstrukturan subsidi diesel dilaksanakan dengan penarikan subsidi secara kecil terlebih dahulu seperti 20 sen atau pada kadar 10 peratus minimum.
“Ini sehinggalah cabaran-cabaran awal dapat diatasi dan situasi ekonomi semasa kembali stabil, barulah mula dengan jumlah yang lebih besar secara berkala,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, polisi pengstrukturan subsidi turut dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) satu waktu dahulu walaupun dibantah teruk ketika itu.
“Pemuda UMNO Malaysia faham akan keperluan lebih besar dalam usaha untuk membina negara, namun dalam masa yang sama biarlah penarikan subsidi ini dilakukan secara berkala agar tidak menyebabkan kejutan ekonomi semasa yang mendadak.
“Kita tidak mahu apabila polisi ini dijalankan lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang rakyat perlu tanggung,” katanya. K Online
Harga diesel patut naik secara berkala – Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi buat balik dah
- Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ
- Maut dipercayai dikelar suami
- Ahmadi Religion ada unsur syiah
- Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah
- Majlis pertunangan tiba-tiba bertukar jadi majlis pernikahan
- Ada cerita sedih disebalik kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
- Peniaga tolak duit yang ada tandatangan Gabenor Bank Negara yang baharu
- Tukang paip terkejut jumpa kepala babi ditemui dalam tangki air rumah
- Jenazah Farida ditemui di dalam perut ular sawa
- Wanita mati hidup semula selama 5 jam kemudian mati semula mengejutkan doktor
- Allahyarham Mohd Rafie Sofian seorang wira jalan raya
- ‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel
- Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD
- Hisap kemaluan pelajar, guru muzik didakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis
Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]