Umno dah tak suka saya

Umno dah tak suka saya

“Mungkin Umno dah tak suka saya… nasib badan,” demikian kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian selama enam tahun.

Meskipun sudah empat kali rayuan dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno namun masih belum ada jawapan mengenai nasibnya bersama parti itu.

Bagaimanapun Tajuddin menegaskan yang dia akan terus kekal bersama perjuangan Umno

“Saya memang berharap keputusan penggantungan saya ditarik balik supaya saya boleh menjadi ahli aktif kembali.

“Saya tunggu begitu lama harapkan kepimpinan Umno boleh lepaskan penggantungan saya.

“Saya setia kepada parti, saya sayang kepada parti, seluruh keluarga saya dengan Umno.

“Kita nak bersama Umno. Tetapi, pucuk pimpinan hak atau tidak itu terpulang,” katanya.

Tajuddin menjawab soalan mengenai kedudukannya dalam Umno yang kini digantung keahlian selama enam tahun.

Pada 26 Mei lalu, ahli MKT Umno Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang telah disingkirkan sebelum ini.

Jalaluddin yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata ini kerana ada di kalangan mereka yang disingkirkan selepas proses pemutihan mahu menjadi ahli Umno semula selepas melihat keadaan parti ketika ini.

“Di Negeri Sembilan, Setiausaha Umno negeri dan bahagian sudah diarah membuat tapisan setiap permohonan yang dibuat bagi memastikan mereka yang masih mempunyai kecenderungan dan kesetiaan kepada parti diambil semula sebagai ahli.

“Proses pemutihan dilakukan parti sebelum ini bertujuan membersihkan parti daripada mereka yang tidak berminat lagi dengan Umno dan beranggapan parti itu akan menjadi lemah,” katanya.

Sementara itu, Tajuddin berkata dia ingin menyumbang kepada Umno dan berharap agar pucuk pimpinan dapat menilai kembali keputusan penggantungannya.

Ditanya sama ada dia akan turun berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap bagi membantu calon kerajaan perpaduan, Tajuddin berkata adalah janggal untuk dia berbuat demikian ketika keahliannya digantung.

“Saya memang suka turun berkempen, masalahnya keahlian saya digantung janggallah untuk turun kempen.

“Memalukan saya dan juga Umno. Nanti orang kata Umno tak ada orang lain nak turun berkempen,” katanya lagi. Mk

Umno dah tak suka saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker