Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba

Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba

“Untuk kali yang terakhir dapat sentuh baju wira negara . Wanginya…Berehat lah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar”.

Demikian luahan sayu seorang individu ketika menyentuh pakaian terakhir dipakai Allahyarham Azza Fahmi, 22, sebelum terkorban dalam serangan berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.



Kejadian tragis itu turut mengorbankan rakan pasukannya, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Allahyarham Azza Fahmi adalah individu pertama yang menjadi mangsa pencerobohan balai polis terbabit akibat ditetak pada bahagian belakang leher dan kepala oleh suspek.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @choophia semalam, wanita itu menyifatkan pakaian seragam milik Allahyarham Azza Fahmi adalah wangi selain terdapat kesan tetakan dan koyak di beberapa bahagian baju.

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Katanya, kesemua pakaian milik arwah telah dicuci dengan bersih dan kemudian disimpan dalam plastik sebelum dipulangkan kepada pihak keluarga.

Dalam pada itu, perkongsian wanita terbabit turut mendapat perhatian ramai dan sehingga kini telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan 89,100 tanda suka.

“Tak boleh bayang kecederaan arwah, kalau tengok baju itu banyak kesan koyak. Al-Fatihah buat Azza Fahmi, semoga tenang,” kata @amekLin’Only.



“Al-Fatihah buat arwah adik Azza Fahmi. Sebak dada, rasa sedih lihat baju arwah di video ini. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang Allah sayangi dan kasihi,” luah @risajiha. K Online

https://vt.tiktok.com/ZSYkbAr7F/

Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker