1 rangka, 4 mayat ditemui di kawasan Everest
1 rangka, 4 mayat ditemui di kawasan Everest
Tentera Nepal menemukan empat mayat dan satu rangka pendaki, serta mengeluarkan 11 tan sisa sampah dari kawasan Gunung Everest semasa Kempen Pembersihan Gunung 2024, baru-baru ini.
Press Trust of India melaporkan, program dijalankan hampir dua bulan itu, memasuki kali keempat penganjurannya sejak ia dilancarkan pada 2019.
Panglima Tentera Darat, Prabhu Ram Sharma berkata, pihaknya menemukan empat mayat dan satu rangka pendaki ketika ekspedisi pembersihan yang sukar yang membabitkan Gunung Everest berketinggian 8848.86 meter, Gunung Lhotse dan Gunung Nuptse, berhampiran Kem Induk Everest.
“Walaupun keadaan cuaca buruk, kita berjaya mengumpulkan 11,000 kilogram sampah, empat mayat dan satu rangka manusia semasa kempen ini,” katanya sempena majlis meraikan kejayaan penutupan kempen 55 hari di sini, Rabu lalu.
Sharma turut memberi penghormatan kepada anggota kempen pembersihan gunung selain menyokong usaha malim gunung atas sumbangan berharga mereka dalam mengumpul sampah dan mayat.
Sisa terbiodegradasi itu dibawa ke Bazar Namche di bawah Kem Pangkalan Everest, sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC) untuk tindakan sewajarnya.
Sisa dan mayat serta rangka manusia yang tidak boleh terbiodegradasi pula dibawa ke Kathmandu.
Program berkenaan dimulakan pada 11 April lalu dengan misi Tentera Darat untuk mengeluarkan 10 tan sampah dan lima mayat di kawasan Gunung Everest.
Tentera Nepal bekerjasama dengan Kementerian Hutan dan Alam Sekitar, Jabatan Pelancongan dan Persatuan Pendaki Gunung Nepal untuk kempen pembersihan wilayah Everest.
Inisiatif berkenaan disertai 12 anggota serta dibantu 18 orang daripada pasukan Sherpa.
Matlamat Kempen Pembersihan Gunung untuk mengawal pencemaran buatan manusia di Himalaya terutama di kawasan altitud tinggi terancam dengan era perubahan iklim, kata tentera semasa mengumumkan 2024 kempen pada 7 April lalu.
Portal MyRepublica melaporkan, sejak kempen itu dilancarkan pada 2019, sebanyak 12 mayat dan 180 tan metrik sampah berjaya dikutip dari kawasan pergunungan ini termasuk puncak Gunung Everest. HM
1 rangka, 4 mayat ditemui di kawasan Everest
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mari kita lihat siapa yang kena
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]