RCI Batu Puteh: Mahathir mahu singkirkan bekas ketua hakim negara

Mahathir emohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu semakan kehakiman bagi menyingkir bekas ketua hakim negara, Raus Sharif, sebagai pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Batu Puteh.

Bekas perdana menteri itu juga mahu ahli RCI, Baljit Singh Sidhu dan Ridha Abd Kadir, berundur daripada tribunal itu

Mahathir memfailkan kertas berkaitan petang tadi menerusi Tetuan Law Practice of Rafique. Dalam dokumen yang dilihat FMT, beliau mendakwa pelantikan Raus akan menimbulkan bahaya berat sebelah, manakala Baljit dan Ridha pula dikatakan ada konflik kepentingan.



Mahathir juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa dirinya berhak untuk diwakili peguam memandangkan beliau adalah individu yang mana kelakuannya menjadi perkara siasatan itu, atau berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat RCI.

Beliau juga mahukan suatu mandamus yang memerintahkan RCI tujuh anggota itu membenarkan peguamnya hadir sepanjang prosiding, menyerahkan kepada peguamnya semua dokumen dan senarai saksi, dan menjalankan prosiding secara terbuka kepada umum.

Mahathir juga mahu semua prosiding yang sedang berjalan digantung sementara menunggu permohonan semakan kehakiman ini selesai.

Beliau bagaimanapun perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, untuk aduannya didengar.



Mahathir, 98, merupakan perdana menteri buat kali kedua antara Mei 2018 dan Feb 2020.

Pada 21 Mei lepas, Mahathir mendakwa prosiding RCI itu dijalankan secara tertutup, dan bantahan oleh peguamnya, Rafique Rashid Ali dan Zainur Zakaria ditolak.

Sebelum ini, Rafique mendakwa pelantikan Raus bertentangan dengan prinsip keadilan asasi kerana beliau pihak yang berkepentingan.

Menurutnya, Mahathir pada 2017 memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahan pelantikan Raus sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan memandangkan Perlembagaan telah menetapkan usia persaraan.



Rafique berkata Baljit dan Ridha anggota pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada 2021 untuk meneliti dan membuat syor berhubung Batu Puteh, maka mereka tidak boleh berada dalam RCI kerana mereka sudah menentukan isu tersebut terlebih dahulu.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 mengisytiharkan Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia, dan Tubir Selatan menjadi hak kepada negara perairannya berada.

Malaysia memohon kepada ICJ supaya mentafsirkan penghakiman pada 2017.

Pada 2018, pentadbiran Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker