PAS gagal hapus judi semasa jadi kerajaan, Tuan Ibrahim terlupa?

Pemuda PKR (AMK) Wilayah Persekutuan membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata “kemenangan Islam” mampu memperbetulkan dasar dan kemungkaran, seperti perjudian.

Ketua penerangannya Muhammad Azha Salahudin merujuk laporan yang disiarkan portal Harakahdaily semalam bertajuk ‘Dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam’ yang kini sudah dipadam.

Muhammad Azha berkata laporan itu penuh dengan kecelaruan dan bersifat dangkal.



“Tuan Ibrahim mengatakan premis perjudian wujud kerana kelulusan diberi oleh pemimpin yang berkuasa dengan mendapat kuasa melalui pilihan raya.

“Adakah Tuan Ibrahim terlupa semasa PAS menjadi kerajaan selama 33 bulan di bawah PN, PAS sendiri gagal untuk menghapuskan aktiviti judi dan kedai judi?” Soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam laporan Harakahdaily itu, Tuan Ibrahim antara lain berkata kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa golongan terdahulu diampunkan seperti dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran.

Memetik sirah kemenangan Rasulullah SAW, dia berkata keampunan Ilahi disebabkan berlakunya perubahan kepada pentadbiran yang menghapuskan maksiat yang telah dibenarkan oleh pentadbiran terdahulu.



Malah katanya pentadbiran itu mendapat kuasa hasil sokongan rakyat terdahulu yang menyebabkan semuanya bersekongkol dengan maksiat itu.

Bagaimanapun, Muhammad Azha berkata keadaan lebih teruk semasa PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan, apabila cabutan khas judi dinaikkan daripada lapan kepada 22 kali setahun.

“Lebih hina dan jijik lagi, kegagalan PAS untuk menghapuskan judi serta menaikkan cabutan khas judi semasa menjadi kerajaan bukanlah hasil daripada menang pilihan raya.

“Tetapi hasil daripada tebuk atap yang terbentuk daripada satu pakatan dan komplot jahat yang menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat,” katanya lagi.



Berhubung kenyataan Tuan Ibrahim berkenaan kerajaan PAS di Kelantan berjaya menghentikan dasar yang bercanggah dengan Islam, Muhammad Azha membangkitkan kadar kemiskinan di negeri itu yang menurutnya “membimbangkan”.

Dia membangkitkan data yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Kelantan yang mencatat golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang meningkat daripada 68,000 kepada 78,000 setakat 31 Januari lalu.

“Setelah bertahun PAS mentadbir Kelantan, kemudahan infrastruktur dan penyediaan air bersih kepada rakyat Kelantan sendiri PAS gagal untuk laksanakan sehingga rakyat Kelantan mula rasa terbeban.

“Nasihat saya kepada para pemimpin PAS supaya berhentilah daripada mempergunakan nama Islam sebagai modal politik murahan untuk menipu rakyat. Buktikan kehebatan islam itu daripada perbuatan dan bukan hanya daripada penipuan halusinasi,” katanya lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker