‘Lebai’ agensi agama berhadapan dengan 24 tuduhan salah guna kuasa

Penolong Pegawai Tadbir Kanan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jheat) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 24 pertuduhan salah guna kuasa dengan mengesyorkan perolehan kerja membaiki kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lalu.

Ali Embong, 60, didakwa melakukan perbuatan itu dari Oktober hingga Disember 2022 di Jheat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan borang permohonan servis/pembaikan/mendapatkan bekalan untuk kenderaan jabatan bagi perolehan penyelenggaraan berjumlah RM24,267.



Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Ali diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Azhar, yang memerintahkan Ali supaya melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai, menetapkan 10 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Aznika Mohd Anas, manakala Ali diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Ain Mohd Rani.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker