Kes Andrew Sia dirujuk AGC – Razarudin

Kes Andrew Sia dirujuk AGC – Razarudin

Kertas siasatan membabitkan kolumnis, Andrew Sia yang sebelum ini mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘Apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya selesai mengambil keterangan daripada Andrew.



“Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun (semalam).

“Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jumaat lalu, Razarudin dilaporkan berkata, sebanyak 63 laporan polis diterima PDRM di seluruh negara setakat ini, dengan pihaknya turut merakam percakapan 65 individu bagi membantu siasatan kes dakwaan UiTM mengamalkan sistem apartheid itu.

Selain 63 individu yang membuat laporan polis, dua lagi daripada portal berita tempatan.



Pada 24 Mei lalu, polis mengesahkan membuka siasatan terhadap Andrew berkaitan penulisannya dalam sebuan portal mendakwa UiTM mengamalkan sistem ‘apartheid’.

Ia susulan laporan pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel.

Individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar Bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputera yang diterima masuk bagi jurusan pembedahan kardiotorasik di UiTM.



Semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu di laman portal berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988. BH

Kes Andrew Sia dirujuk AGC – Razarudin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker