Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu

Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu

JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan seorang jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang, Kota Tinggi dekat sini sejak 18 Mei lalu terjawap apabila lelaki itu ditemui meninggal dunia di Taman Pelangi, di sini pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat Allahyarham Muhammad Hamizan Ramli, 33, ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya kira-kira pukul 11 pagi.

“Orang yang dilaporkan hilang dijumpai telah meninggal dalam kereta kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan Taman Pelangi. Mayat sedang jalani post mortem di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raub berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ke atas mayat ketika ditemui.

Jelasnya, ketika ditemui mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari kerana keadaan sudah mula mereput.

Terdahulu, Kosmo! pada 28 Mei lalu melaporkan seorang abang di sini meminta bantuan orang ramai agar memaklumkan kepada balai polis sekiranya mempunyai maklumat berikutan kehilangan adiknya sejak 19 Mei lalu.

Muhammad Haziq, 34, dilaporkan berkata, adiknya Muhammad Hamizan kali terakhir dilihat oleh rakan kerja pada petang 18 Mei lalu. K Online

Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker