Pulangkan semula, bukan hak kita
Pulangkan semula, bukan hak kita
Johor Bahru: Penduduk sekitar Layang dan Simpang Renggam yang menangkap ribuan ikan spesis arowana yang hanyut dari sebuah kolam pecah perlu memulangkannya semula.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khaled berkata, ikan ditemukan itu jelas milik individu dan sepatutnya dipulangkan kepada pemilik asal.
“Jika jelas ia milik orang dan kita tahu siapa pemiliknya, hendaklah kita pulangkan kepada pemilik.
“Itulah sebaik-baik akhlak sebagai seorang muslim khususnya malah semua ajaran agama mendidik kita agar tidak mengambil hak orang lain.
“Ia berikutan kita tidak boleh makan atau mengambil sesuatu yang bukan hak kita bahkan kita bimbang ia menjadi darah daging kita, jika ia dari sumber yang tidak sah.
“Melainkan pemilik ikan memberi izin atau menghalalkannya, maka itu rezeki kepada sesiapa yang menjumpainya,” katanya ketika dihubungi.
Semalam media melaporkan ribuan ikan spesis arowana ditemukan dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, sejak kelmarin.
Ikan hiasan bersisik emas dan putih dalam anggaran berat dua kilogram dipercayai dihanyutkan dari kawasan kolam ternakan kawasan berdekatan.
Justeru penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menangkap ikan terbabit menggunakan jala dan jaring.
Malah ada yang menjadikan ikan hiasan berkenaan sebagai hidangan makan tengah hari.
Video aktiviti penduduk menangkap ikan berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Spesis ikan berkenaan turut hanyut hingga ke Sungai Sayong dan Kota Tinggi. HM
Pulangkan semula, bukan hak kita
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’
Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim