Ini punca mengapa Cameron Highland sesak teruk menjelang cuti sekolah

Masalah kesesakan lalu lintas di Came­ron Highlands seperti yang berlaku pada musim cuti sekolah ketika ini boleh diatasi jika lebih banyak tempat letak kenderaan disediakan.

Presiden Persa­tuan Keseda­ran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) A. Dilip Martin berkata, ini kerana punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas adalah di kawasan Kea Farm, sedangkan kawasan tersebut tidak mempunyai kawasan parkir yang mencukupi.

Menurutnya, dengan kekura­ngan parkir di situ, pelancong tiada tempat meletakkan kenderaan mereka di kawasan Kea Farm.

“Cadangan untuk menaik ta­raf dan memperbesarkan jalan sedia ada dari Brinchang ke Tring­kap tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selagi masalah kekura­ngan parkir tidak diatasi.

“Juga mengapa perlu membazir duit untuk membuka satu lagi jajaran jalan baru dari Habu sampai ke Simpang Smoke House yang boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dilip mendakwa, pada tahun 2012, kerajaan meluluskan cadangan pembinaan satu kawasan kawasan perniagaan di Kea Farm, merangkumi parkir ber­tingkat dan semua kedai tepi jalan dipindahkan di dalam kawasan perniagaan tersebut dengan pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan pelancong.

Menurutnya, cadangan pembangunan bercampur di kawa­san Kea Farm juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan boleh merosakkan alam sekitar di kawasan tersebut.

“Begitu juga cadangan tempat letak kereta sementara di Sungai Burung tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas kerana tempat itu jauh dari kawasan tumpuan Kea Farm.

“Tidak perlu membazir duit dengan membina parkir sementara jika boleh selesaikan dengan membina parking ber­tingkat dan kawasan perniagaan di Kea Farm,” katanya.

Menurutnya, cadangan untuk menaik taraf dan memperbesarkan jalan sedia ada dari Brinchang ke Tringkap untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas tidak akan selesai jika parkir secukupnya tidak disediakan.

“Pembukaan satu lagi jajaran jalan baru dari Habu sampai ke Simpang Smoke House boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar yang teruk,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker