Tajuddin mahu kembali kepada UMNO

Tajuddin mahu kembali kepada UMNO

Bekas pemimpin Umno Tajuddin Abdul Rahman menegaskan beliau tidak berhasrat merebut jawatan jika diterima kembali, sebaliknya mahu membantu menyemarakkan semula sokongan terhadapnya.

Mengulas cadangan memberi peluang kedua kepada pemimpin dan ahli telah disingkirkan, bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno itu berkata niatnya hanya mahu membantu parti berkenaan kembali dihormati dan membela rakyat.



“Kita nak Umno kembali pulih dan kuat menjadi parti boleh membela rakyat dengan kekuatan politiknya, partinya dan kedudukannya dalam kerajaan.

“Bukan nak jawatan…sesetengah orang itu mungkin itu tujuannya,” kata bekas Ahli Parlimen Pasir Salak yang digantung keahlian Umno pada Oktober 2022.

Presiden Umno Zahid Hamidi dipetik berkata penggantungan keahlian selama enam tahun itu dibuat kerana mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup dihadirinya.

Sabtu lalu, ahli MKT Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima ahli dan pemimpin yang telah disingkirkan selepas PRU bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang tetap setia dan percaya perjuangan Umno.



Bekas naib presiden Hishamuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Shahril Hamdan antara yang digantung keahliannya oleh Umno selepas PRU15.

Bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ahli MKT Noh Omar pula dipecat.

Pernah menjadi pengarah pilihan raya Umno, Tajuddin berkata keinginannya menyertai semula parti itu amat tinggi, malah beliau telah mengemukakan rayuan sebanyak lima kali namun tiada sebarang jawapan hingga kini.

Menurutnya, pemimpin cawangan Umno Pasir Salak juga sudah menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan bagi merayu penggantungannya ditarik balik.



“Saya sudah mohon buat rayuan beberapa kali, terpulang kepada parti dan kepimpinan. Kalau nak terima, saya memang nak balik,” katanya.

Beliau berkata tidak rugi buat Umno jika menerima mereka semula bagi menyumbang kekuatan kepada parti bagi berdepan PRU atau berkhidmat kepada rakyat. FMT

Tajuddin mahu kembali kepada UMNO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’



Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker