Selebriti Hollywood bangun bersuara derita Rafah

Jenna Ortega, Dua Lipa, Jessie J dan Ariana Grande kini memilih untuk bersuara tentang kezaliman yang berlaku di Palestin.

Selebriti Hollywood bangun bersuara derita Rafah

SEMAKIN ramai selebriti A-list Hollywood dahulunya ‘menikus’ tentang kezaliman Zionis di bumi Palestin kini memilih bersuara terutama selepas serangan terbaharu tentera Israel yang mengorbankan hampir 50 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Jenna Ortega yang popular menerusi siri Wednesday menjadi antara selebriti yang menyeru gencatan senjata dapat dilakukan di wilayah Rafah.

Ortega, 21, malah menyifatkan serangan tentera Zionis itu sebagai satu tindakan yang terkutuk memandangkan lebih ribuan kanak-kanak menjadi mangsa korban.

“Masa untuk bercakap tentang gencatan senjata sementara beribu-ribu kanak-kanak terus disembelih. Di manakah sifat kemanusiaan,” katanya menerusi Instagram.

Ortega juga aktif menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin selain berkongsikan pautan Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin dalam media sosialnya.

Pembunuhan

Selain Ortega, penyanyi Jessie J turut mengkritik serangan yang berlaku sehingga mengakibatkan puluhan ribu mangsa kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan harta benda.

“Saya menentang pembunuhan yang mengakibatkan penderitaan kepada mangsa di seluruh dunia.

“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku dan sesiapa sahaja tiada hak untuk melalui penderitaan seperti ini.

“Kalian semua boleh mempertahankan Palestin dan sesiapa sahaja yang menderita kerana penganiayaan. Mengapa mereka yang tidak bersalah seperti kanak-kanak terus menjadi mangsa,” katanya.

Tidak hanya itu, pelantun lagu Domino itu juga meluahkan kekecewaan terhadap peperangan yang terus berlaku dan mengorbankan golongan warga emas, kanak-kanak, wanita dan orang awam.

“Saya berpegang teguh dengan pendirian ini dan menentang sekeras-kerasnya serangan ini.

“Saya berasa kecewa dan sedih apabila melihat kejadian seperti ini berlaku. Saya hanya memberi reaksi sebagai manusia.

“Sebagai seorang ibu, bukan Jessie J. Saya seorang penyanyi, bukan ahli politik atau jurucakap peperangan dan mengetahuinya secara terperinci.

“Sejujurnya saya tidak tahu. Tetapi, saya memberi reaksi terhadap apa yang sedang berlaku di depan mata.

“Berdoa sahaja sudah tidak memadai. Tindakan segera perlu diambil agar tidak ramai mangsa yang akan terus menderita kerana perkara ini,” ujarnya.

Tak adil – Dua Lipa

Selain itu, penyanyi yang bakal membuat persembahan di Malaysia November depan, Dua Lipa juga menjadi antara selebriti Hollywood menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Katanya, tindakan pembunuh kanak-kanak dengan cara membakar mereka hidup-hidup satu tindakan yang tidak munasabah.

“Ini satu perkara yang tidak adil. Seluruh dunia seharusnya menentang apa yang dilakukan Israel.

“Tunjukkan sifat solidariti kepada Gaza. Bebaskan mereka sekarang,” katanya.

Tidak terkecuali, penyanyi Ariana Grande turut menyatakan sokongan terhadap Palestin yang menyeru agar serangan di Rafah segera dihentikan.

Genjatan senjata

Katanya, serangan tentera Israel ke atas Rafah meletakkan 1.3 juta rakyat Palestin, termasuk 600,000 kanak-kanak dalam bahaya bencana.

“Kita perlukan gencatan senjata kekal sekarang. Bukan gencatan senjata sementara. Pembunuhan mesti dihentikan!

“Tiada apa yang mewajibkan pembunuhan kanak-kanak di Gaza atau di mana-mana sahaja. Presiden Biden dan pemimpin terpilih kita mesti depan dengan kebebasan, keadilan, maruah dan keamanan untuk semua orang,” tegasnya.

Sekurang-kurangnya hampir 50 orang awam maut dan lebih 100 individu cedera akibat pengeboman Israel ke atas khemah-khemah perlindungan mereka yang hilang tempat tinggi di barat laut Rafah, selatan Gaza.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan mereka yang berada di dalam khemah ketika pengeboman terbakar hidup-hidup.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Keselamatan memanggil mesyuarat tergempar mengenai serangan tersebut, sementara Setiausaha Agung PBB Antonia Guterres mengecam serangan yang membunuh ramai orang awam itu.

Sementara itu kumpulan pejuang Hamas menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan untuk menghentikan serangan Israel di Rafah. K Online

Selebriti Hollywood bangun bersuara derita Rafah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker