Shah Rukh Khan rebah akibat strok haba

Shah Rukh Khan rebah akibat strok haba

Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi, kelmarin sudah dibenarkan keluar, lapor India Today.

Sebelum ini, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu menecah 45.2 darjah Celcius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celcius pada keesokannya.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, Shah Rukh Khan dilapor sudah dibenarkan keluar dari hospital dan keadaannya kini stabil, selain dinasihati untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Shah Rukh Khan pernah mengalami masalah kesihatan lain seperti kecederaan bahu dan retak di bahagian tulang ketika menjalani penggambaran. K Online

Shah Rukh Khan rebah akibat strok haba

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker