Lelaki ‘body slam’ paus pembunuh

Lelaki ‘body slam’ paus pembunuh

WELLINGTON – Seorang lelaki didenda pihak berkuasa New Zealand selepas cuba menghempas badannya pada seekor paus pembunuh (Orca) di perairan Devonport, lapor akhbar NBC News semalam.

Jabatan Pemuliharaan New Zealand memberitahu, lelaki berusia 50 tahun itu didenda NZ$600 (RM1,725.68) kerana melakukan perbuatan yang dianggap ‘tidak cerdik’ dan ‘tidak bertanggungjawab’.

Rakaman video kejadian dimuat naik di laman Instagram pada Februari lalu. Ia menunjukkan lelaki itu terjun dari sebuah bot dan menghempaskan badan Orca jantan yang berenang berhampiran.

Dia menjerit: “Saya menyentuhnya (paus pembunuh),” sambil bertanya, “adakah anda dapat merakamnya?”.

Mereka yang berada di atas bot bersorak sambil mentertawakan lelaki berkenaan.

Pegawai penyiasat jabatan pemuliharaan, Hayden Loper berkata, dia terkejut menonton klip video itu.

“Ini adalah tingkah laku tidak cerdik dan menunjukkan sikap pengabaian terhadap kebajikan Orca. Ia amat tidak bertanggungjawab,” kata Loper.

“Paus pembunuh adalah haiwan yang sangat kuat. Lelaki itu berisiko cedera,” tambahnya.

Orca merupakan haiwan dilindungi di New Zealand. Berenang bersama haiwan itu adalah dilarang. K Online

Lelaki ‘body slam’ paus pembunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker