Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
Kegagalan merampas beberapa negeri sasaran pada PRN Ogos lalu disusuli kekalahan terbaru PRK Kuala Kubu Baharu, menimbulkan kebimbangan akar umbi Bersatu mengenai kelangsungan parti itu yang membawa kepada desakan supaya syarat pertandingan lima jawatan utama dilonggarkan.
Seorang pemimpin akar umbi Bersatu yang enggan dikenali berkata ramai mahu pemilihan parti dijangka September depan menjadi platform mengukuhkan kepimpinan parti namun ‘terbantut’ kerana calon layak begitu terhad terutama jawatan timbalan presiden.
Berdasarkan Perkara 13.7 Perlembagaan Bersatu, syarat kelayakan untuk bertanding jawatan ‘top 5’ seseorang ahli perlu memegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) atau ketua bahagian selama lengkap dua penggal.
“Syarat lengkap dua penggal itu menyebabkan pilihan yang ada ‘sangat terhad’…. majoriti akar umbi tidak yakin dengan kepimpinan Peja (Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu) untuk menerajui parti selepas Muhyiddin (Yassin).
“Bersatu perlu ada pemimpin kuat dan berpengaruh untuk memimpin, dan ia tidak ada pada Peja selepas beliau gagal dalam pilihan raya,” katanya kepada FMT.
Katanya, pengaruh Faizal juga terhad hanya di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan sebahagian kecil Selangor, selain tidak mendapat sokongan penuh ahli di negeri lain.”
Beliau berkata jika pandangan akar umbi tidak diambil kira oleh kepimpinan tertinggi, tidak mustahil masa depan parti itu akan kelam, mengikut jejak langkah Umno.
Semalam, ahli MPT Wan Saiful Wan Jan berpandangan Bersatu perlu menguatkuasakan Perkara 14.14 perlembagaan parti iaitu MPT boleh memberi kelonggaran kepada mana-mana individu yang belum layak tetapi diperlukan untuk menggalas jawatan tertinggi parti untuk bertanding.
Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, jika syarat berkenaan tidak dilonggarkan berlaku situasi ‘pelik’ dalam parti di mana Ronald Kiandee mungkin tidak layak mempertahankan jawatan naib presiden, kerana beliau juga tidak cukup lengkap dua penggal.
Jelasnya, Azmin serta Hamzah juga mungkin tidak layak bertanding dan keadaan itu menyebabkan semangat mahabbah pemukiman MPT pada Februari yang memberi mandat Muhyiddin memimpin
perbincangan mencari pelapis pemimpin Bersatu menjadi tidak relevan.
Seorang lagi pemimpin akar umbi berkata Bersatu perlu membenarkan nama-nama berpengaruh seperti Hamzah dan Azmin untuk bertanding mengisi jawatan ‘top 5’.
“Hamzah dan Azmin, dikatakan gandingan dua kuasa besar di dalam Bersatu yang boleh menjadi pengimbang dan memantapkan parti menjelang PRU16,” menurut pemimpin itu. FMT
Akar umbi tak yakin Peja pimpin Bersatu, desak longgar syarat tanding ‘top 5’
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang
You must be logged in to post a comment.