4 geng ‘H’ masak maggi di stesyen minyak didenda RM500 seorang

4 geng ‘H’ masak maggi di stesyen minyak didenda RM500 seorang

BENTONG: Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, didakwa memasak menggunakan dapur gas dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, jam 1.30 pagi pada 12 Mei lalu sehingga membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, semua tertuduh dalam rayuan memohon dikenakan denda yang rendah dengan alasan masing-masing masih menanggung kedua ibu bapa, adik-beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan kemudian mengarahkan semua tertuduh membayar denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika gagal membayar denda.

Semua tertuduh membayar denda berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan 15 orang yang dipercayai terbabit memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata mereka yang ditahan ialah 10 lelaki dan lima wanita, berusia antara 23 hingga 28 tahun.

Klip rakaman video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka sebelum tular dan mengundang kecaman warganet kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar. BH

4 geng ‘H’ masak maggi di stesyen minyak didenda RM500 seorang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Ternganga tengok Dolla menari

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker