Rakan Malaysia resah saya jumpa pemimpin Hamas – Anwar
Rakan Malaysia resah saya jumpa pemimpin Hamas – Anwar
DOHA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengakui pertemuannya dengan pemimpin tertinggi Hamas semalam mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan Malaysia, khususnya dari Barat.
Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia hanya negara bebas yang menyokong usaha perdamaian di Semenanjung Gaza dan memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi tujuan itu.
Mengambil contoh Qatar, katanya, negara Teluk itu memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi mengadakan rundingan yang membawa kepada pembebasan 109 tahanan.
“Kita pun ambil pendekatan sama (memanfaatkan hubungan baik),” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.
Anwar berkata, dalam pertemuan dengan Ismail Haniyeh, Malaysia mencadangkan Hamas mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian aman dan segera.
“Saya lihat kepimpinan Hamas mengambil sikap terbuka untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi hentikanlah keganasan, pencerobohan oleh rejim Zionis Israel ke atas Gaza dan kawasan sekitar Tebing Barat daripada terus diserang kelompok dan gerombolan dari Israel.
“Qatar mengambil pendirian sama dan (Perdana Menteri) Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani memaklumkan kepada saya dalam rundingan beliau dengan kedua-dua pihak, Hamas sedia memenuhi beberapa syarat (ditetapkan) tetapi malangnya, Israel enggan menerima syarat-syarat ini.
“(Justeru), soal saya menemui mereka (Hamas) saya nak jelaskan sekali lagi kita mengambil sikap bebas dan Hamas ini, seperti jugak PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) dan sebelumnya Fatah dan PA (Pihak Berkuasa Palestin), punya hak untuk pertahankan wilayah dijajah kuasa asing, tetapi kita mengambil pendekatan menyokong usaha damai.
“Pendekatan (kita ialah) untuk berhubung dengan badan politik Hamas dan tidak terlibat mana-mana aktiviti ketenteraan, jadi ini yang kita akan jelaskan dan saya percaya rakan-rakan kita (dari Barat) akan bangkitkan.”
Merujuk pertemuan dua halanya dengan Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar hari ini, Anwar berkata, presiden Poland itu bertanyakan pertemuannya dengan pemimpin Hamas.
“Kita jelaskan tidak ada sebab mengapa (kita) tak boleh adakan perbincangan itu…Malaysia sebagai sebuah negara bebas, kita ambil keputusan yang bijaksana, tetapi keputusan kita membantu jalan perdamaian, bukan kita menghasut.
“…dan sebelum saya jumpa mereka, saya tanya pendapat Amir Qatar (Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani) dan perdana menteri Qatar kerana mereka lebih arif dan terkait rapat dengan Hamas dalam langkah mencari kaedah perdamaian yang adil.”
Pertemuan Anwar dan Haniyeh, ketua Biro Politik Hamas, berlangsung lebih sejam. Turut hadir bekas pengerusi Hamas, Khaled Mashal.
Ini pertemuan pertama Anwar dengan Haniyeh secara bersemuka selepas menjadi perdana menteri Malaysia.
Rakan Malaysia resah saya jumpa pemimpin Hamas – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Kasino Forest City, ini kata Onn Hafiz
- Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT
- Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia
- Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
- Lelaki dibaham buaya ketika menangkap ikan
- Fadhlina Sidek gagal?
- Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya
- Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
- Lee Zii Jia tekad bawa pulang emas Olimpik Paris 2024
- Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
- Pemimpin PKR akui Najib banyak jasa pada masyarakat India, Anwar hanya kekurangan masa
- Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’
- Pembantu rumah Thai warisi harta majikan hampir RM13 juta
- Hamidin dedahkan ada individu yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya
- Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.