Pesawat bawa jemaah haji Indonesia terbakar
Sebuah pesawat dipercayai membawa jemaah haji Indonesia dilihat terbang rendah di ruang udara kota Makassar hari ini, lapor portal berita makasar.info.
Beberapa saksi yang enggan nama mereka didedahkan berkata, mereka melihat asap keluar daripada sayap kanan pesawat berkenaan dalam kejadian antara pukul 3.30 hingga 3.40 petang (waktu tempatan).
“Pemandangan yang menyeramkan. Saya melihat sebuah pesawat Garuda (milik syarikat penerbangan Indonesia) terbang rendah dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.
“Semoga pesawat berkenaan mendarat dengan selamat,” kata seorang saksi kejadian.
Seorang saksi lain melihat kapal terbang berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.
Tidak lama kemudian, tersebar gambar pesawat Garuda mendarat di lapangan terbang dengan sayap kanannya terbakar. Pesawat sama dilaporkan selamat kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.