Saiful pukul kekasih bekas isteri
Saiful pukul kekasih bekas isteri
TAMPIN – Seorang penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut serta mencederakan teman lelaki bekas isterinya dalam kejadian di Taman Pedas Indah, Rembau, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Saiful Amiruurashid Md. Azhar, 29, membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau sembilan bulan penjara sekiranya gagal bayar bagi pertuduhan pertama.
Bagi pertuduhan kedua pula, majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal bayar.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada seorang lelaki berusia 26 tahun dengan cara mengacu dan membaling sebatang cangkul ke arahnya.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada lelaki yang sama dengan cara menumbuk dibahagian telinga lelaki tersebut.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di hadapan sebuah rumah rumah di Taman Pedas Indah, 8 Mei lalu.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashim. K Online
Saiful pukul kekasih bekas isteri
Baca Artikel Menarik:
- Kasino Forest City, ini kata Onn Hafiz
- Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT
- Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia
- Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
- Lelaki dibaham buaya ketika menangkap ikan
- Fadhlina Sidek gagal?
- Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya
- Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
- Lee Zii Jia tekad bawa pulang emas Olimpik Paris 2024
- Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
- Pemimpin PKR akui Najib banyak jasa pada masyarakat India, Anwar hanya kekurangan masa
- Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’
- Pembantu rumah Thai warisi harta majikan hampir RM13 juta
- Hamidin dedahkan ada individu yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya
- Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muaz dilarang masuk Singapura?
You must be logged in to post a comment.