Pokok tumbang hempap kereta Ketua Menteri Melaka

Pokok tumbang hempap kereta Ketua Menteri Melaka

Kejadian sebuah lagi pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menurut Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ab. Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri satu urusan rasmi di ibu kota.

“Rombongan kami (Ketua Menteri) sebanyak empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian tu betul-betul berlaku depan mata. Selang sebuah kereta sahaja.

“Kereta Ketua Menteri terselamat tetapi kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan sekali turut terkena pokok yang tumbang.

“Setakat ini anggota dalam kenderaan terselamat, cuma cermin belakang kereta pengiring itu habis pecah. Keadaan belakang kereta juga kemek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Shahnor, sebelum kejadian, dia dan pegawai-pegawai yang lain di dalam kenderaan terdengar satu bunyi kuat, seakan-akan sesuatu mahu jatuh dan tumbang.

“Kebetulan ketika kejadian saya dan pegawai lain memang sedang berborak tentang pokok tumbang sebab keadaan masa tu memang hujan yang sangat lebat.

“Sekelip mata sahaja betul-betul jadi depan mata dan terkena kereta jenis MPV Vellfire warna merah depan kami. Bagaimanapun, kenderaan itu bukan salah satu daripada rombongan kami.

“Mula-mula panik ingat kereta Ketua Menteri turut kena, tetapi alhamdulillah beliau selamat. Kami juga selamat,” katanya. K Online

Pokok tumbang hempap kereta Ketua Menteri Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker