Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya

Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya

Warga maya tertanya dan cuba meneka mesej yang cuba disampaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dua keping gambarnya memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.
Seperti lazimnya, bersempena sambutan Hari Ibu, semalam, Anwar tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak.

“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” katanya.

Ada warga maya yang mengaitkan dua keping gambar berkenaan dengan perjuangan Anwar selepas dia dipecat dari Umno dan sebelum dihukum penjara.

“Doa seorang ibu yg melihat anaknya dianiya, dihina, di pijak, di henyak, dicaci pasti di terima Allah dan akan diselesaikan, “ kata Jalaldin Saedon.

Cik Izzaty pula menulis “Saat paling sedih dan PMX menitis kan airmata..ketika pergi nya bonda tercinta mengadap ilahi..di saat PMX di penjarakan..selamat hari ibu kepada datin seri wan Azizah wan ismail..”

“Sedih saya bila kenangkan setiap perjuangan dan ketabahan DSAI and Kak Wan.

“Semoga DSAI and Kak Wan sekeluarga senantiasa dalam Rahmat Allah.” kata Yaya Mie

Ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Ibu kepada Wan Azizah.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. Mk

Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker