#Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
Mereka tutup mulut dalam isu keganasan Israel terhadap Palestine.
#Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
Pengguna laman media sosial di serata platform mewujudkan gerakan digital untuk memboikot selebriti yang mendiamkan diri tentang isu sosial khususnya perang Israel-Gaza, lapor laman berita the national news semalam.
Gerakan boikot itu dikenali sebagai ‘blockout’ atau ‘digital guillotine’. Ia mendapat momentum sejak seminggu lalu selepas acara fesyen popular, Met Gala yang berlangsung di Bandar Raya New York dan dihadiri oleh barisan artis ternama Amerika Syarikat serta selebriti utama lain.
Majlis gala itu diketengahkan oleh ramai pengguna media sosial. Mereka membandingkannya dengan kemusnahan dahsyat di Gaza terutamanya apabila Israel menggempur Rafah yang bermula pada Isnin minggu lalu.
“Terdapat kempen boikot besar-besaran, #Blockout2024 yang sedang berlangsung di mana kami menyekat semua selebriti yang tidak bercakap tentang isu Palestin atau menggesa gencatan senjata diadakan. Ia adalah gerakan global,” kata penyajak Bahrain, Karim Wafa-Al Hussaini di platform X.
Menggunakan tanda pagar #celebrityblocklist, #letthemeatcake dan #blockout, pengguna laman sosial menyenaraikan nama selebriti yang menghadiri majlis Met Gala atau mempunyai ramai pengikut atau pengaruh besar tetapi tidak pernah bercakap mengenai peristiwa di Gaza.
Netizen mencadangkan supaya kumpulan selebriti itu diboikot secara online dalam tindakan yang dikatakan erpotensi menjejaskan pendapatan atau pengaruh mereka.
“Saya menyenaraikan semua selebriti yang menghadiri Met Gala dan saya akan menulis sekiranya mereka menutup mulut atau mereka menggunakan platform masing-masing untuk bercakap mengenai genosid di Gaza,” kata pengguna TikTok, @silentcelebs8 dalam satu klip video yang turut memaparkan senarai panjang nama selebriti terbabit.
Sebilangan selebriti itu tertera perkataan bermaksud ‘berdiam diri’ di sebelah nama mereka.
Antara selebriti yang disebut dalam gerakan itu termasuk Cardi B, Kim Kadarshian, Taylor Swift dan Beyonce.
Sementara itu saluran berita NPR melaporkan, sebilangan selebriti telah kehilangan pengikut mereka sejak gerakan online itu bermula. Menurutnya, Taylor Swift hilang kira-kira 300,000 pengikut di platform TikTok sejak seminggu lalu dan 50,000 lagi di laman Instagram apabila gerakan sama bermula.
Penyanyi popular itu memiliki sekitar 33.3 juta dan 283 juta pengikut di setiap platform sosial tersebut. K Online
#Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
Baca Artikel Menarik:
- Kasino Forest City, ini kata Onn Hafiz
- Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT
- Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia
- Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
- Lelaki dibaham buaya ketika menangkap ikan
- Fadhlina Sidek gagal?
- Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya
- Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
- Lee Zii Jia tekad bawa pulang emas Olimpik Paris 2024
- Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
- Pemimpin PKR akui Najib banyak jasa pada masyarakat India, Anwar hanya kekurangan masa
- Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’
- Pembantu rumah Thai warisi harta majikan hampir RM13 juta
- Hamidin dedahkan ada individu yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya
- Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET