Bas terbabas di lebuh raya Plus

Bas terbabas di lebuh raya Plus

Seramai 41 penumpang dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di Ipoh pagi, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.28 pagi.



“Semua mangsa termasuk pemandu kereta selamat dan difahamkan bas dinaiki warga emas itu dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sabarodzi berkata pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikerahkan bagi membantu pegawai kesihatan memberi rawatan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu lelaki warga tempatan berumur 44 tahun dalam perjalanan dari Kulim, Kedah menghala ke Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bas yang berada di lorong kiri.



“Kereta melanggar bahagian sisi kanan belakang bas dan kemudian berpusing 360 darjah serta sekali lagi melanggar bahagian hadapan kanan bas mengakibatkan bas hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

“Akibat nahas itu, seramai 39 mangsa iaitu penumpang bas berumur antara sembilan tahun hingga 80 tahun dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) dan Klinik Greentown untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata seramai 21 mangsa mengalami kecederaan parah dan ringan kini dirawat di HRPB, manakala 20 lagi termasuk kedua-dua pemandu kereta dan bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Mk



Bas terbabas di lebuh raya Plus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker