Ayau meninggal dunia ketika tunggu jenazah ibu mentua

Arwah merupakan bekas wartawan Melodi.

Ayau meninggal dunia ketika tunggu jenazah ibu mentua

Bekas wartawan Melodi terbitan TV3, Muhammad Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggu jenazah ibu mentuanya.

Bekas isterinya, Alita Aris memaklumkan, Ayau, 50, yang ketika itu sedang berada di Masjid Al Muhajideen, Damansara Utama, mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara.



“Muhamad Zamzuri Zaini (Ayau) sudah kembali ke Rahmatullah lebih kurang 10 pagi tadi. Ayau berada di Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama, sedang menunggu jenazah ibu saya untuk disolatkan dan tiba-tiba pengsan, dipercayai mengalami serangan jantung.

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal.

“Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.



Alita yang masih lagi sedang menguruskan pengebumian ibunya, bagaimanapun belum dapat memastikan masa pengebumian Ayau dan akan berkongsi maklumat terkini selepas ini. BH

Ayau meninggal dunia ketika tunggu jenazah ibu mentua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker