Hail Amir meninggal dunia

PETALING JAYA: Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan paru-paru pada usia 77 tahun.

Pemergian Allahyarham pada 4.24 petang tadi disahkan anaknya, Cinta, kepada rakan artis terdekat.

Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin dan doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan, lapor Harian Metro.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad akibat masalah jantung.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail yang berasal dari Pulau Pinang terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata itu terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu, dan Anita Dunia Ajaib.

Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker