Ahli Parlimen mahu ‘perosak rumah tangga’ tidak dapat kenaikan gaji

Selain penjawat awam ‘lembab’ dan tidak hadir kerja, mereka yang tidak bermoral termasuk perosak rumah tangga juga wajar tidak menerima kenaikan gaji bermula Disember ini, kata seorang Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman, berkata ia bagi memastikan sektor awam hanya diisi penjawat berintegriti dan tidak memberi kesan kepada prestasi baik kerajaan Madani.

Katanya, sektor awam perlu melihat swasta yang mengamalkan sistem penilaian prestasi – petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai contoh untuk menentukan seseorang pekerja berfungsi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti dikehendaki majikan.

“Kakitangan awam yang mempunyai masalah moral dan integriti seperti punca kepada keruntuhan rumah tangga seseorang juga tidak patut diberikan kenaikan gaji atau pangkat,” katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa penjawat awam dengan prestasi tidak baik tidak layak dinaikkan gaji.

“KPI sangat efektif untuk menilai pencapaian kakitangan yang rajin bekerja atau sebaliknya. Yang layak saja patut menerima kenaikan gaji,” katanya kepada FMT.

Dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pagi ini, Anwar yang juga menteri kewangan mengulangi amarannya dengan meminta penjawat awam setiap jabatan memantau dan mengenal pasti kakitangan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Beliau berkata, individu yang didapati melanggar disiplin tidak boleh menerima layanan sama termasuk mendapat kenaikan gaji.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90% guru menjalankan tanggungjawab. Ada guru yang cuai. Ada yang kadang-kadang tak hadir. Begitu juga masalah di jabatan. Ada golongan kecil rasuah, tak datang kerja…pelbagai masalah. Apakah kita harus beri layanan yang sama?

“Saya jawab tidak. Kita tak akan beri layanan yang sama. Jadi, sementara kita berikan satu anjakan radikal dari segi pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri dan jabatan. Kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya.

Pada sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13% bermula 1 Dis, antara tertinggi dalam sejarah dengan peruntukan lebih RM10 bilion.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding ketika ini menyaksikan jumlah pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap RM1,795 sebulan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker