UMNO kerah jentera bahagian seluruh Selangor bantu Calon DAP

Umno memberi komitmen akan menggerakkan jentera bahagiannya di seluruh Selangor untuk membantu kempen calon kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu ditegaskan dalam mesyuarat MKT Umno yang berlangsung petang tadi.

“Umno memberikan komitmen penuh untuk membantu calon kerajaan perpaduan Malaysia yang diwakili oleh parti PH dalam PRK DUN Kuala Kubu Bharu dengan menggerakkan jentera bahagian daripada seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang diterajui Umno.



“Umno menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

“Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat MKT di ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur, hari ini.

BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi menyokong calon PH Pang Sock Tao bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Bagaimanapun MCA yang merupakan parti komponen BN membuat keputusan untuk tidak membantu calon DAP di kawasan itu.



PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung melawan kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini dan pengundian awal, 7 Mei.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata Umno akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan yaasin dan doa selamat sempena ulang tahun Umno yang ke-78 pada 11 Mei depan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker